Sampai bila Zeti akan ‘dilindungi’?

Skandal 'sistem' Kehakiman bakal terbongkar?

Oleh – Ku Zari Ku Kamal


Sampai bila Zeti akan 'dilindungi'?
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Zeti Akhtar Aziz, saksi utama kes 1MDB masih menikmati ‘percutian’ tanpa perlu risau ke Mahkamah. Persoalannya sampai bila Zeti akan ‘dilindungi’ dari proses kehakiman?

Sebagaimana yang diketahui umum, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan individu yang paling penting bagi menjawap persoalan berkaitan SRC dan 1MDB. 



Ini memandangkan kedudukan beliau selaku Gabenor Bank Negara ketika itu yang mempunyai akses penuh untuk meluluskan segala transaksi kewangan dari luar negara dan sebaliknya.

Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri pernah mengakui penglibatan Zeti dan suami dalam skandal 1MDB, namun Zeti seolah terlalu ‘kebal’ dari tindakan undang-undang.

Bermula dengan cuti sakit selama 2 hari, Zeti terus ‘bercuti’ dari menghadiri Mahkamah sehingga hari ini. Jika dihitung, sudah lebih dari 4 bulan Zeti menikmati ‘cutii sakit’ mengalahkan cuti bersalin yang diperuntukkan kerajaan buat penjawat awam.

Adakah Zeti telah atau sudah mempunyai ‘hubungan baik’ dengan ‘Sistem Kehakiman’ sehingga menyebabkan beliau tidak gentar langsung dengan proses Mahkamah?



Salah Laku Hakim Terbongkar

Sepertimana diketahui, pembongkaran demi pembongkaran berkataitan Hakim dan Kehakiman semakin diperkatakan secara terbuka. Apatah lagi dengan tersebarnya surat berkaitan Ketua Hakim dan surat dari SPRM mengenai salahlaku seorang Hakim yang telah mengadili kes SRC.

Pengesahan SPRM Berkaitan Hakim

Dalam erti kata lain, rakyat memerhati semua perlakuan ‘Sistem Kehakiman’ dengan penuh minat dan mereka berhak mengetahui samada Badan Kehakiman Negara masih menjaga intergriti atau sudah kian terhakis maruahnya.

Jika hal berkaitan Zeti pun masih belum mampu ditangani oleh ‘Sistem Kehakiman’, bagaimana rakyat mahu kembali percaya kepada intergriti Badan Kehakiman? 

Adakah Ketua Hakim Negara tidak berani untuk mengarahkan mana-mana Hakim mengeluarkan waran tangkap terhadap Zeti kerana tidak hadir ke Mahkamah selain mengemukakan sijil cuti sakit tetapi boleh hadir ke program selain Mahkamah?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button