‘Kejutan’ daripada bekas teman lelaki

New Delhi: Seorang lelaki yang baru berkahwin dan abangnya maut selepas sistem teater rumah yang diterima sebagai hadiah perkahwinan meletup sebaik dipasang, Isnin lalu.

Dalam kejadian letupan di daerah Kabirdham di Chhattisgarh, tengah negeri India itu, empat lagi mangsa parah, lapor NDTV.

Kesan letupan itu turut menyebabkan dinding dan bumbung bilik runtuh.



Siasatan polis mendapati hadiah itu daripada bekas teman lelaki pengantin perempuan dan ia sengaja diletakkan dengan bahan letupan.

Menurut polis, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Hemendra Merawi, 22, menghidupkan sistem teater rumah itu sebelum berlaku letupan besar yang membawa kepada kematiannya di tempat kejadian.

Abangnya, Rajkumar, 30, pula meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Empat yang cedera termasuk seorang budak lelaki berusia setahun sedang menjalani rawatan di hospital daerah di Kawradha.



Berdasarkan siasatan polis, didapati letupan berlaku kerana seseorang meletakkan bahan letupan di dalam sistem teater rumah.

Polis mengenal pasti tertuduh sebagai Sarju dan berjaya menahannya.

Penguasa Tambahan Polis Kabirdham Manisha Thakur berkata, soal siasat suspek mengaku berang dengan bekas teman wanitanya kerana berkahwin lalu menghadiahkan sistem teater rumah dengan bahan letupan di dalamnya.

Menurut polis, pasangan terbabit berkahwin pada 1 April lalu.



Agensi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading