Najib kekal dalam penjara boleh gugat prestasi PH/BN di PRN

Oleh Adam Malik

Kemunculan maklumat maklumat baru berkaitan isu Nazlan dan pendirian Ketua Hakim Negara membela nya membuat ramai rakyat meluat dan mula persoal keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak.

Sepatut nya pemerintah bersama gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ambil kesempatan dari kes semakan ini untuk menjadi hero memberi tekanan kepada pihak judisiari untuk membebaskan DSNR.



Sekadar mahu keadilan ditegak kan dengan menegur atau memberi kritikan kepada kesalahan bukan lah dikira sebagai masuk campur urusan mahkamah.

Sambil itu Badan Kehakiman juga tidak lah boleh bertindak sesuka hati dengan lesen kebebasan sehingga terjadi “abuse of power”.

Pada kes DSNR telah terlihat banyak kecacatan dan pelanggaran etika kehakiman.



Maka , sewajar nya Kerajaan mesti dilihat sebagai penyelamat negara dan pelindung rakyat.

Oleh sebab DSNR telah gagal didalam permohonan nya , maka ramai rakyat yang bukan ahli UMNO pun sudah turut meluahkan rasa benci dan marah.

Hanya badut badut seperti Majlis Peguam dan NGO BERSIH yang terkenal dengan pendirian hipokrasi dan pendirian berpihak sahaja yang setuju dengan keputusan,



Selain dari mereka sukar untuk melihat individu ternama yang muncul untuk menyatakan persetujuan terhadap keputusan.

Akhir nya atas sebab sukar jelas kan banyak perkara pelik dan pelanggaran etika kehakiman pada kes semakan DSNR maka ramai lari berlindung dibelakang akta menghina mahkamah untuk menakut nakutkan orang yang mengkritik keputusan.

Dari sudut politik pula, semenjak tersebar hal hal salah laku hakim dan juga pendirian Ketua Hakim membelanya, maka luahan kebencian dan ketidakpuasan hati rakyat semakin tersebar dan meluas.



Wave membenci Badan Kehakiman semakin meluas.

Badan kehakiman bersungguh sungguh mahu penjarakan DSNR tetapi dalam waktu yang sama bersungguh sungguh pula mahu melindung puak sendiri yang melakukan kesalahan.

Ini semua pasti akan ada impak nya kepada kerajaan PH/BN.

Nama “keadilan” pada Parti Keadilan pasti rosak dan jahanam jika terlihat bersekongkol dengan pihak kehakiman.



Apa lagi dengan pemimpin UMNO.

Ada juga syak wasangka terhadap Presiden dan kepimpinan UMNO oleh ahli UMNO .

Keadaan bertambah teruk atas kerja menghasut pihak yang sememang anti Presiden UMNO.

Sudah ada suara suara mahu memboikot PRN dengan tidak mahu memberi undi kepada kerajaan PN/BN kerana kecewa idola mereka DSNR masih kekal dalam penjara.



Semoga ini tidak menjadi ‘wave’ besar menjelang PRN Enam negeri jika dilihat kerajaan telah gagal menyelamatkan orang kena anaya dengan kes tidak adil seperti yang dihujah oleh Hakim Kanan Datuk Rahman Sebli dalam pergulungan nya.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button