Mahathir antara orang paling malu jika Najib bebas.

 

 

Oleh Adam Malik



Terdapat beberapa pihak muncul untuk menjaja cerita negatif berkenaan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Hal ini berlaku kerana pihak pihak itu mahu DSNR kekal berada didalam penjara demi kepentingan politik mereka dan bukan atas sebab perundangan.

Dari sudut undang undang DSNR sudah sepatut nya bebas serta merta kerana kecacatan kes dan juga kesilapan pelaggaran etika oleh hakim.

Jika mahu DSNR disabitkan juga , kes baru harus dibuka dengan mengenepikan kesemua hakim hakim yang pernah terbabit dan izinkan bukti baru diperolehi selepas jatuh hukum dimasukan dalam perbicaraan.



Tidak syak lagi Tun Mahathir antara individu paling tidak senang dan paling gelabah sekali jika DSNR diberi pengampunan diRaja dan dibebaskan.

Sehingga kini pihak paling aktif memberi komen komen anti pengampunan ada lah yang terkait dengan Mahathir.

Bermula dengan Ambiga , yang diketahui ada pertalian darah dengan mendiang Datuk Gopal Sri Ram.

Mendiang Gopal ada lah orang yang diarah oleh Mahathir untuk menyuruh Tan Sri Appandi Ali menangkap DSNR.



Kemudian , NGO BERSIH pula berasuara menentang.

NGO BERSIH juga ada pengaruh Ambiga dan kemudian bekas Peguam Tun Mahathir Hanif Khatri.

Majlis Peguam juga boleh dikategorikan sebagai proAmbiga juga.



Maka , boleh lah dirumuskan Mahathir paling panik sekali dengan terlihat jelas pihak yang bersama sama nya ketika mencipta kes 1MDB bersuara menentang pengampunan terhadap DSNR.

Namun, Mahathir sendiri tidak protes untuk menunjukan beliau tidak terbabit.

Sememang begitu jika beliau yang ada kaitan , beliau harus tunjuk beliau tidak terbabit.

Ia sama seperti kes rasuah Zeti Aziz dan Hakim Nazlan.



Mahathir tidak akan buat desakan terhadap kedua mereka segera didakwa berkemungkinan khuatir jika didakwa banyak perkara akan terdedah.

Kembali kepada tajuk diatas , diandaikan jika DSNR dibebas dan diampunkan , Mahathir akan menjadi orang paling malu.

Ini kerana mengikut laporan yang pihak kami terima, permohonan dipersembahkan kepada YDP Agong adalah berdasarkan fakta kes.

Ia dibuat dari sudut ‘legal’ dan pembuktian.



Harus di ingat, kesemua yang membantah pengampunan DSNR tidak berani ‘engage’ dengan fakta dan pembuktian kes.

Mereka membantah dari sudut emosi dan menafikan fakta terutama berkenaan salah laku Hakim dan pelanggaran etika kehakiman.

Besar kemungkinan jika mereka protes dari sudut undang undang mereka tahu kedudukan mereka dimana kerana selama ini sekadar menumpang keputusan atas kuasa Hakim sahaja yang langsung tidak melayan bukti.

Maka, jika hakim sudah pun khilaf dan salah serta ada penipuan dan ketidakadilan, maka bantahan mereka  sudah tidak ‘valid’.

Penghujahan Hakim Rahman Sebli juga antara yang dipersembahkan kepada YDPA yang mengandungi butiran kesilapan Ketua Hakim dan kepincangan kes.

Maka , Kembali kepada topik kita, kenapa Mahathir paling malu?

Ini kerana kes telah berlangsung dan jelas ia dikendalikan menggunakan kuasa Hakim dan bukan kuasa pembuktian dan fakta.

Segala bukti dari pembela tidak dipedulikan langsung dan tidak dihujah atau dikupas.

Hakim hakim seolah olah ambil kesempatan dari kedudukan mereka yang tidak boleh disoal atau disanggah dan kemudian berdiri belakang tembok  akta “contempt of court” untuk menghalang sesiapa persoalkan nya.

Maka, malu lah Mahathir betapa lemah nya kes yang beliau cipta untuk ‘justify’ Najib telah mencuri walau tiada kedapatan bukti mencuri.

Kes direka semata mata untuk penuhi janji mahu mendakwa Najib sahaja.

Sambil itu Mahathir malu, orang orang yang terkait rapat dengan nya pula yang miliki wang dari 1MDB/TIA.

Nor Yakob. Pengerusi Ambank, Zeti Aziz  dan beberapa lagi yang masih bebas.

Mahathir tidak dapat berkata apa apa pun tentang mereka mereka ini yang belum kembalikan wang dari TIA/1MDB melainkan Ambank RM2.8 bilion , Keluarga Zeti Aziz dan Rohana Astro RM40 juta.

Sungguh memalukan.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading