Bayern gantung, denda Mane kerana bergaduh

BERLIN: Bayern Munich menggantung penyerang, Sadio Mane untuk satu perlawanan apabila bergaduh dengan Leroy Sane selepas kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada Man City, umum kelab itu sebentar tadi.

Akhbar Bild melaporkan bekas pemain sayap City, Sane ditumbuk di muka oleh penyerang Senegal itu hingga luka di bibir selepas kekalahan awal pagi Rabu lalu.

“Sadio Mane, 31, tidak akan berada dalam skuad FC Bayern untuk aksi di laman sendiri berdepan 1899 Hoffenheim Sabtu inin,” kata Bayern.



“Ia disebabkan salah laku oleh Mane selepas perlawanan FC Bayern dalam Liga Juara-Juara di Manchester City.

“Sebagai tambahan, Mane juga akan didenda,” kata kenyataan itu.

Bayern bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pergaduhan itu.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading