Datuk Kamarulzaman dilantik sebagai Datuk Bandar

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac lalu, selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi pihak berkuasa tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL, agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.



Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar perancangan Kuala Lumpur.

Mohd Zuki turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button