Gatti selamatkan Juventus

TURIN: Jaringan sulung Federico Gatti bersama Juventus memberikan kemenangan buat pasukan dari Itali itu meraih kemenangan 1-0 ke atas Sporting Lisbon awal pagi tadi sekali gus membuka peluang untuk mereka melangkah ke separuh akhir Liga Europa.

Gatti menjaringkan gol tunggal perlawanan yang berlangsung sengit itu pada minit ke-73 di Stadium Allianz di Turin sekali gus memberikan mereka bekalan tipis sebelum bertandang ke Portugal, minggu depan.

Jaringan buat Juve itu dilihat sebagai satu peningkatan bagi pemain berusia 24 tahun berkenaan, yang bermula sebagai seorang pemain amatur dan tukang batu sebelum bermain untuk kelab terbesar Itali dan kebangsaan.



“Saya tidak boleh gambarkan perasaan ketika ini, sukar untuk menjelaskannya,” kata Gatti. “Lebih banyak anda bermain, ia akan menjadikan kamu lebih selesa dengan segala-galanya dan rakan sepasukan juga membuatkan semuanya lebih mudah buat saya.”

Kemenangan itu menemui penghujung perlawanan yang positif selepas berada dalam situasi membimbangkan apabila penjaga gol, Wojciech Szczesny diperiksa pegawai perubatan kerana mengalami sakit dada.

Szczesny digantikan Mattia Perin pada lewat babak pertama, memperlihatkan pemain kebangsaan Poland itu meninggalkan padang dengan tangisan selepas mengalami masalah pernafasan.

“Realitinya, saya sudah melihat Mattia melakukan sangat baik dalam latihan dan saya keletihan,” kata Szczesny. “Ia adalah rasa takut, ia tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Saya sukar untuk bernafas, jadi saya bimbang dan takut.”



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button