Nurul Shuhada hamil

Kuala Lumpur: Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendedahkan dia kini hamil dan kandungannya sudah memasuki 10 minggu.

Nurul Shuhada berkata, dia kini harus kuat berjuang walaupun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran.

“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk anak dalam kandungan.



“Saya tidak boleh mengambil ubat hospital bagi menangani tekanan yang dialami kerana halangan terbesar ketika ini adalah kandungan masih awal. Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi masih dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.,

Bercerita mengenai keadaan dirinya, Nurul Shuhada berkata, dia pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital semalam kerana keadaan badan yang lemah.

Ia sekali gus membuatkan dia bimbang jika masalah tekanan yang dihadapi akan memberi kesan kepada anak-anak dan orang sekeliling.

“Tadi (semalam) di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.



“Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” katanya.

Nurul Shuhada yang kini berdepan konflik rumah tangga dengan Hafidz mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai menerusi WhatsApp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah ialah Umar.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading