Sindiket janji anak jadi pemain bola sepak elit

Madrid: Kira-kira 70 keluarga terpedaya dengan penipuan yang menawarkan latihan bola sepak untuk anak lelaki mereka.

Polis Sepanyol berkata, mereka menahan 11 suspek dipercayai dari dua sindiket yang didakwa menipu mangsa yang kebanyakannya dari Brazil, dengan menawarkan janji palsu.

Katanya, mereka menawarkan akan menjadikan anak lelaki mangsa sebagai pemain bola sepak elit.



“Sindiket itu mengenakan bayaran permulaan lebih 5,000 euro (kira-kira RM24,200) dan bayaran bulanan sehingga 1,700 euro (kira-kira RM8,229) setiap pemain.

“Kira-kira 70 keluarga ditipu dan 11 orang ditangkap,” kata polis.

Menurut polis, keluarga diberitahu wang itu adalah untuk menampung perbelanjaan termasuk yuran pengajian, perumahan dan kertas kerja untuk permit pemastautin di bandar Granada.

“Tetapi hakikatnya pemain tinggal di rumah… dalam keadaan sempit dengan sedikit makanan dan tiada seorang pun daripada mereka berjaya mendapat tempat tinggal yang sah di Sepanyol.



“Kebanyakan pemain adalah warga Brazil berumur 16 hingga 23 tahun,” kata kenyataan polis.

Polis berkata, kumpulan yang beroperasi secara bebas antara satu sama lain menjalankan peranan masing-masing.

“Beberapa ahli kumpulan itu memberi tumpuan kepada pengambilan dengan menyasarkan keluarga kaya di negara asal mereka.

“Kumpulan kedua terbabit dalam pusat pendidikan palsu dan mengesahkan pendaftaran supaya pemain boleh mendapatkan visa.



“Kumpulan pengurusan ketiga menyelia strategi keseluruhan modus operandi,” katanya kertas siasatan dibuka selepas menerima laporan daripada seorang pemain.

Agensi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading