Ten Hag cemas Martinez cedera

Manchester England: Pengurus Manchester United Erik ten Hag cuba kekal positif mengenai kecederaan dialami pemain pertahanan Lisandro Martinez ketika seri 2-2 menentang Sevilla dalam aksi suku akhir Liga Europa.

Spekulasi tersebar menyatakan Martinez berdepan kecederaan achilles yang serius dan boleh menamatkan musimnya.

“Saya tak boleh beritahu kecederaan itu tetapi bukan achilles,” kata pengendali dari Belanda itu. “Saya bercakap dengan Martinez dan dia nampak tenang dan okay,” .



Keputusan seri itu bukan sahaja mengecewakan United malah nasib dialami Martinez menambah senarai pemain yang cedera termasuk penyerang Marcus Rashford, pertahanan Luke Shaw dan Raphael Varane yang terpaksa dikeluarkan pada babak kedua ketika menentang Sevilla.

“Saya fikir dia mungkin tidak bermain Ahad ini,” kata Ten Hag merujuk aksi menentang Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Ahad ini.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button