Trak Mack keluarga Diraja Johor terbabit kemalangan
KULAI: Sebuah trak ‘Mack’ dipercayai milik keluarga Diraja Johor terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang semalam.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 6.50 petang, seorang anggota trafik di kaunter aduan menerima maklumat mengenai kemalangan itu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah trak Mack milik keluarga Diraja Johor dengan dua kereta.
“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu disyaki berlaku apabila trak dari arah Utara menuju ke Selatan lebuh raya itu pecah tayarnya secara tiba-tiba,” katanya.
Pada 10 Januari 2016, trak Mack termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dilaporkan membuat kemunculan sulung di Malaysia.
Trak raksasa yang dipercayai mencecah RM1.4 juta itu dikesan oleh seorang penunggang motosikal yang tidak melepaskan peluang dengan merakamkan gambar dan video.
BHOnline