SPRM Akan Memanggil Seorang Menteri Untuk Bantu Siasatan Rasuah

SPRM Akan Memanggil Seorang Menteri Untuk Bantu Siasatan Rasuah

SPRM Akan Memanggil Seorang Menteri Untuk Bantu Siasatan Rasuah

2 hari lepas, seorang pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar telah ditahan oleh SPRM.

Pegawai kanan Sivakumar yang juga merupakan pemimpin pemuda DAP Perah ditahan berkaitan kes rasuah kuota (pengambilan) pekerja asing.



Perkara ini telah disahkan oleh Sivakumar sendiri.

Utusan Malaysia melaporkan, sumber dalam SPRM memaklumkan Sivakumar juga akan dipanggil untuk membantu siasatan SPRM.

Ianya bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai wang bernilai jutaan ringgit dipercayai diterima pegawai beliau.

Baca di sini:



https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/sprm-mungkin-panggil-sivakumar-bantu-siasatan/

Sebenarnya isu rasuah di Kementerian Sumber Manusia berkaitan pekerja asing bukanlah satu isu baharu.

Lambakan pekerja asing yang dilihat seolah tidak terkawal telah menimbulkan pelbagai masalah sosial selain dari masalah pengangguran rakyat tempatan.

Pertengahan tahun lepas, tular di media mengenai isu syarikat Bestinet yang dimiliki oleh warga Bangladesh, Aminul Islam bin Abdul Nor.



Bestinet dikatakan kebal dari tindakan undang-undang kerana didakwa dilindungi oleh Menteri Sumber Manusia ketika itu, V Saravanan.

Bestinet juga sering dikaitkan dengan pelbagai kes rasuah, namun Saravanan dikatakan tetap mahu berkerjasama dengan syarikat tersebut.

Malah Bestinet juga didakwa terlibat dengan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Julai 2022, SPRM pernah menyerbu ibupejabat Bestinet dan menahann beberapa pegawai mereka untuk disoal siasat.



Mereka ditahan berkaitan lantikan 25 syarikat yang dimiliki oleh Bestinet untuk urusan pengambilan tenaga buruh ke Malaysia.

Ini telah mewujudkan monopoli Bestinet terhadap urusan pengambilan pekerja asing ke Malaysia.

Baca di sini:

https://sabahkini2.org/en/news/4879/isu-pekerja-asing-mengapa-saravanan-menteri-ksm-pertahan-taikun-bangladesh-pemilik-bestinet/view



Namun Saravanan mempertahankan Aminul Islam dengan mendakwa Aminul Islam tidak terlibat dengan urusan pengambilan tenaga buruh Bangladesh ke Malaysia.

Apa hubungan Saravanan dengan Bestinet dan Aminul Islam?

Apakah mereka mempunyai ‘hubungan intim’ sehingga Saravanan bersungguh-sungguh mempertahankan beliau?

Alang-alang sudah menyerbu Kementerian Sumber Manusia, diharap SPRM jangan lupa siasat ‘hubungan intim’ antara Saravanan dengan Aminul Islam.



 

SPRM Akan Memanggil Seorang Menteri Untuk Bantu Siasatan Rasuah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading