Hipokrasi PAS Dalam Perjuangan RUU 355

Hipokrasi PAS Dalam Perjuangan RUU 355

Hipokrasi PAS Dalam Perjuangan RUU 355

Menghampiri pilihanraya negeri di 6 buah negeri, PAS sekali lagi memperdagangkan RUU 355.

Apa sebenarnya Akta 355 dalam Perlembagaan Persekutuan dan apakah yang kononnya mahu PAS pinda sejak dari tahun 2016?



Akta 355 Perlembagaan Persekutuan ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ianya untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah undang-undang untuk membicarakan kesalahan di bawah hukum syarak.

Sejak ianya diwartakan, RUU 355 sudah dipinda sebanyak 2 kali pada tahun 1984 dan 1989.

Sejarah Memperkasakan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah 1965)

Apa yang kononnya menjadi perjuangan PAS dalam pindaan RUU 355?



PAS mendakwa kononnya mereka memperjuangkan supaya RUU 355 ini diperkasakan melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965.

RUU 355 menghadkan kuasa Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman maksima penjara 3 tahun dan sebatan 6 rotan serta denda maksima RM5,000 sahaja.

Dalam artikata lain, bagi setiap sabitan kesalahan jenayah syariah, Mahkamah Syariah tidak boleh mengenakan hukuman dari kadar yang telah ditetapkan.

Sekiranya keluarga mangsa tidak berpuas hati, kes itu hendaklah dibicarakan semula di Mahkamah Sivil.



Baca di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Mahkamah_Syariah_(Bidang_Kuasa_Jenayah)_1965#:~:text=Akta%20Mahkamah%20Syariah%20(Bidang%20Kuasa%20Jenayah)%201965%20atau%20lebih%20dikenali,kesalahan%20di%20bawah%20hukum%20Syarak.

Perjuangan memperkasakan RUU 355 sebenarnya telah mula diusahakan oleh JAKIM dan bukannya PAS.

JAKIM telah memulakan usaha untuk memperkasakan RUU 355 sejak tahun 2006, manakala PAS membentangkan di parlimen pada tahun 2016, 2 tahun sebelum PRU 14.



Baca di sini:

Sejarah Pindaan RUU 355

Hipokrasi PAS Menunggang RUU 355 Untuk Meraih Keuntungan Politik

 



Masih ingat perhimpunan di Padang Merbok anjuran PAS pada tahun 2017.

Ketika itu, dengan lafaz sumpah kalimah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi, pemimpin PAS bersama kira-kira 20,000 penyokong mereka melafazkan sumpah.

Apa sumpah mereka?

Akan memperjuangkan RUU 355.



Kemudian dengan takdir Allah SWT, PAS diberikan kesempatan untuk menunaikan lafaz sumpah yang pernah mereka lakukan di Padang Merbok.

PAS diberikan kuasa, pada bulan Februari 2020, Allah SWT menguji PAS dengan kuasa.

Adakah mereka akan menunaikan sumpah yang mereka pernah lafazkan dengan nama Allah SWT?

Februari 2020, PAS menjadi sebahagian dari kerajaan pusat apabila Muhyiddin Yasin dilantik sebagai perdana menteri untuk menggantikan Dr Mahathir dalam Langkah Sheraton.

Ketika itu, sudah tidak kedengaran lagi mengenai pindaan RUU 355 yang kononnya selama ini diperjuangkan oleh PAS.

Malah, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam di era Ismail Sabri pada tahun 2021.

Seingat penulis, tidak pernah walau sekali pun RUU 355 dibentangkan di parlimen.

Apabila masyarakat Islam merasa tertipu dan mula menyindir pemimpin PAS, mereka tanpa rasa bersalah dan malu membuat u-turn.

RUU 355 PAS Datang Lagi

Kini, apabila pilihanraya negeri semakin hampir, RUU 355 PAS datang lagi.

PAS tahu, imej pemimpin mereka sudah teruk tercalar dengan beberapa pendedahan demi pendedahan.

Hadi Awang berhadapan risiko kehilangan status ahli parlimen Marang, sekiranya Mahkamah Pilihanraya sabitkan kesalahan amalan rasuah dalam PRU 15.

Malah beliau dikecam teruk apabila cuba menghalalkan rasuah dengan penjenamaan semula kepada  sedekah.

Tuan Ibrahim pula sedang keresahan apabila projek tebatan banjir secara runding terus dibongkar.

Sanusi Md Nor pula terbukti gemar memfitnah apabila kalah dalam kes saman fitnah Mahfuz Omar.

PAS sedar, mereka perlukan magnet untuk menarik sokongan pengundi Melayu dalam pilihanraya negeri tidak lama lagi.

Amalan rasuah tidak boleh dilakukan secara besar-besaran dan terang-terangan lagi.

Pilihanraya negeri dijangka hanya akan melibatkan pengundi tempatan yang selama ini sudah meluat dengan sikap pemimpin PAS.

Ini adalah kerana kemungkinan untuk pengundi yang bermustautin di luar balik mengundi adalah sangat rendah.

Isu terbaik untuk dijadikan magnet pilihanraya adalah dengan memanaskan kembali isu pindaan RUU 355.

Lalu Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan.

PAS setuju untuk berkerjasama dengan Kerajaan Perpaduan untuk memastikan pindaan RUU 355 diluluskan.

Baca di sini:

Tuan Ibrahim juga menyelitkan perangkap dengan berkata:

“Kita tengok nanti kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim nak buat ke tidak RUU 355”.

“Kita harapkan menteri agama terlibat teruskan usaha kita sebelum ini”.

“Dan jika ia dibentang di Parlimen, PAS tidak ada masalah untuk sokong dan beri kerjasama penuh”.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/04/12/pas-sedia-kerjasama-dengan-kerajaan-pastikan-ruu-355-lulus/

Begitulah sikap hipokrit dan munafiknya pemimpin PAS.

Betul juga seperti apa yang dikatakan oleh rakan penulis.

“Apa sahaja yang boleh digunakan untuk menarik undi, pasti akan PAS politikkan”.

“Isteri mereka pun sanggup mereka jadikan dagangan politik”.

Dan kata-kata rakan penulis terbukti benar.

 

Hipokrasi PAS Dalam Perjuangan RUU 355

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button