PRN Johor ; BN tiada harapan menang di 10 kerusi

Pada Pru14, Democratic Action Party-DAP telah memenangi 14 kerusi DUN di Johor, menyaksikan tumbangnya BN buat pertama kali dalam sejarah.

Paling mencuri tumpuan ialah N30 Dun Paloh yang dimenangi Sheikh Umar Bagharib Ali kerana beliau satu-satunya wakil DAP berbangsa Melayu.



Sheikh Umar Bagharib pula antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas Dun Johor pada PRN kali ini. Selain Umar, Hasni Mohamad, Syed Saddiq serta Muhyiddin Yassin juga tersenarai sebagai bakal calon MB Johor.

 

 



 

Senarai Dun yang dimenangi DAP Pru14 

  • N42 Johor Jaya
  • N6   Bekok
  • N2   Jementah
  • N48 Skudai
  • N23 Penggaram
  • N19 Yong Peng
  • N30 Paloh
  • N45 Stulang
  • N10 Tangkak
  • N55 Pekan Nanas
  • N46 Perling
  • N12 Bentayan
  • N28 Mengkibol
  • N52 Senai

Dalam PRN Johor, 10 kerusi dijangkakan memberi masalah buat BN dan sukar untuk BN menang di kawasan tersebut. Sekiranya pola pengundi satu kaum melebihi 50% dari pecahan kaum, ia akan lebih menyukarkan BN menang.

 

 

Antara 10 kerusi yang tidak memberi harapan kepada BN untuk dimenangi 

  • Johor Jaya
  • Skudai
  • Bekok
  • Paloh
  • Perling
  • Pekan Nanas
  • Yong Peng
  • Senai
  • Mengkibol
  • Stulang

Melihat ‘mood’ pengundi di kawasan DAP, boleh dikatakan mereka masih mampu untuk terus kekal di kerusi masing-masing walau dikatakan ‘tsunami’ pengundi Cina akan melanda.



Stigma pemikiran bahawa pengundi cina akan kekalkan penguasaan DAP di kawasan menang juga memainkan peranan penting dalam PRN Johor. Mereka ini merupakan pengundi tegar DAP dan tidak mungkin akan bertukar fikiran walau sebagus mana manifesto pihak lawan dibentangkan.

Barisan Nasional yang akan bertanding di seluruh 56 Dun Johor pula perlu bekerja lebih keras di kawasan ‘hitam’. Namun begitu kesepakatan komponen dalam BN juga memainkan peranan penting.

Seringkali rungutan berlaku apabila jentera komponen tidak ‘turun’ membantu dan hanya mengharapkan jentera Umno bekerja untuk mereka. MCA dan MIC perlu menunjukkan komitmen yang lebih kuat jika mereka benar-benar telah melakukan transformasi untuk menang pilihanraya.

Adakah komponen BN ini sudah bersedia untuk memberi 100% komitmen dari persediaan jentera pilihanraya? Retorik politik ‘atas kertas’ tidak lagi terpakai dalam era baru pilihanraya kerana perubahan zaman serta cara penyampaian berkesan kempen.



Ini perlu difikirkan pimpinan tertinggi dalam Barisan Nasional jika masih merasakan parti itu relevan untuk rakyat bukan sahaja di Johor tetapi seluruh negara.

PRN Johor – MUDA akan kenalkan bakal calon MB Johor?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button