Osimhen, Maignan buru slot UCL

Milan: Victor Osimhen dan Mike Maignan akan bertarung untuk memburu tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi Rabu ini apabila AC Milan berkunjung ke Naples untuk aksi peringkat membabitkan dua kelab Itali.

Penyerang sensasi Nigeria, Osimhen dan penjaga gol utama baharu Perancis, Maignan berpindah dari kelab Ligue 1, Lille di mana mereka beraksi bersama semusim sebelum kedua-duanya mencari cabaran baharu di selatan Alp.

Osimhen tidak beraksi untuk Napoli sejak rehat antarabangsa lalu sebelum masuk sebagai pemain gantian ketika seri tanpa jaringan dengan Verona kelmarin.



Pemain berusia 24 tahun itu hanya beraksi 17 minit tetapi perlawanan tampak lebih bertenaga selepas kemasukannya.

Dia mengucar kacirkan pertahanan Verona dan hampir mendapatkan mata apabila rembatan kencangnya sedikit tersasar ketika permainan berbaki lapan minit.

“Osimhen miliki kelebihan fizikal dan kepantasan, mengawal bola dengan baik dan bijak menukar rentak. Dia mempunyai banyak pilihan apabila bola di kakinya,” kata jurulatih Napoli, Luciano Spalletti kelmarin.

Sementara itu, Maignan mempamerkan aksi hebat dalam beberapa perlawanan terakhir sekali gus menggantikan tempat Hugo Lloris sebagai penjaga gol utama Les Bleus.



Pemain berusia 27 tahun itu yang kembali ke gawang pada lewat Februari lalu selepas berehat panjang akibat kecederaan tangkas membantu Milan dan tidak bolos lima perlawanan dalam sembilan aksi terakhir semua kjohanan.

Bekas pengurus Milan, Fabio Capello berkata, Maignan adalah pemain terbaik Milan pada aksi peringkat pertama dan juara Eropah tujuh kali itu menagih prestasi terbaiknya Rabu ini dalam misi memburu slot lapan terakhir.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button