Abouk reda gagal tuntut harta Hakimi

Actress Hiba Abouk and soccerplayer Achraf Hakimi in Madrid
16/10/2019

PARIS: Model dan pelakon, Hiba Abouk – yang sebelum ini dikejutkan dengan tindakan bekas suaminya, Achraf Hakimi tidak memiliki sebarang harta di bawah namanya – akhirnya bersuara.

Perceraian di antara pemain bola sepak Paris Saint-Germain dan pelakon itu mendapat perhatian ramai apabila Abouk mendapati dia boleh menuntut separuh daripada nilai kekayaan Hakimi kerana semuanya diletakkan di bawah nama ibu bekas suaminya.

Selepas seminggu berdiam diri, Abouk akhirnya memuat naik status di Instagram Story, berkata: “Ingatlah, anda tidak boleh mengawal semuanya dalam hidup, tetapi anda boleh kawal bagaimana reaksi anda. Lupakan keperluan untuk kesempurnaan, hargai keindahan saat ini dan percayalah, dunia bersama anda.”

Abouk, ketika dalam perbicaraan, menuntut separuh daripada harta pemain pertahanan Maghribi itu, tetapi dia gagal mendapatkannya kerana Hakimi tidak memiliki sebarang kekayaan di bawah namanya.



Hakimi antara pemain paling kaya di Ligue 1, tetapi kesemua hartanya diletakkan di bawah nama ibunya dan 80 peratus gajinya dimasukkan terus ke akaunnya.

Abouk juga mempunyai nilai kekayaan tersendiri, namun ia jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan nilai kekayaan yang sepatutnya ada pada Hakimi.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button