Tabur paku atas jalan raya, diburu Polis

Batu Gajah: Polis sedang mengesan pemilik kenderaan jenis Nissan Almera yang pemandunya dirakam menabur paku di atas jalan raya dipercayai dekat kawasan lampu isyarat persimpangan dekat Pusing, Jalan Ipoh-Lumut di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya mengesan video tular di media sosial berhubung perkara itu semalam.

Beliau juga mengesahkan turut menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengguna jalan raya yang mengalami tayar bocor selepas melalui kawasan itu.



Katanya, susulan itu pihaknya daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perlakuan khianat.

“Sehubungan itu, pemilik kereta terbabit iaitu Nissan Almera bernombor pendaftaran AJK869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan digesa menghubungi Inspektor Siti Ramlah Abdullah selaku pegawai penyiasat jenayah di talian 0167676287 atau bilik gerakan (DCC) IPD Batu Gajah di talian 05-3654322 atau 05-3629050,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sejak Khamis lalu video itu yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain berdurasi 24 saat berkenaan tular di media sosial, memaparkan pemandu kereta jenis Nissan Almera warna hitam sedang menabur paku di persimpangan jalanraya dari tingkap kenderaan.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading