Edan Syah cipta rekod dunia larian baju tradisional

KUALA LUMPUR: Pelari maraton negara, Mohd Syahidan Alias berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness (GWR) apabila muncul pelari terpantas dengan catatan 2 jam 49 minit 22 saat bagi kategori memakai pakaian tradisional ketika menyertai TCS London Marathon 2023, kelmarin.

Syahidan atau lebih dikenali dengan nama Edan Syah berkongsi kejayaan itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki),” tulisnya.



Pada 2019, Edan Syah turut mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa 2 jam 54 minit.

Dalam hantaran yang sama, Edan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jenama baju melayu tempatan, Bulan Bintang yang menajanya sehingga berjaya melakukan rekod dunia berkenaan.

“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat atas kepercayaan, peluang dan menerima idea “luar kotak” saya untuk projek ini.

“Anda berani mencipta penanda aras baharu apa yang boleh dan buat yang mustahil. Terima kasih pengurus saya @jolenehong atas kepercayaan anda dan semua pengaturan dengan GWR dan pasukan @bulanbintanghq.



“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button