Penentang pembebasan Najib datang dari kolam sama, pembuktian kes adalah Pendakwaan Politik.
Oleh Adam Malik
Semakin hampir hari untuk mengetahui sama ada Datuk Seri Najib Razak akan diberi pengampunan oleh Yang DiPertuan Agong , semakin kuat pula suara pihak memprotes pembebasan nya.
DSNR dijangka akan dipertimbangkan untuk pembebasan dibawah kuasa YDPA.
Namun, kita dapati kerja kerja sabotaj untuk membebaskan DSNR telah datang dari pihak yang sekian lama menjadi alat politik parti dan pihak tertentu.
Antara terawal menyatakan penentangan ada lah Ambiga .
Ambiga pula sudah dikenal pasti membela darah daging nya mendiang Gopal Seri Ram.
Mendiang Gopal Seri Ram adalah balaci kepada Tun Mahathir mernjaga kepentingan Tun Mahthir dalam badan perundangan..
Untuk imbasan, Gopal Sri Ram sanggup pergi kerumah bekas Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali menyuruhnya menangkap DSNR atas arahan Tun Mahathir.
Tabiat Tun Mahathir sememang begitu , walau boleh lakukan sendiri, namun beliau suka pergunakan orang lain dengan arahan “verbal” Sahaja.
Ini bertujuan di kemudian hari untuk menyelamatkan tengkok nya dengan akuan ‘itu bukan saya” ataupun “kemukan lah bukti”.
Berbalik kepada topik, selain Ambiga, Majlis Peguam juga turut memprotes, maka ini bermakna MP berada sekolam dengan Ambiga kerana pengaruh Ambiga terhadap badan itu.
NGO BERSIH juga berkaitan pengaruh Ambiga.
Walau Nampak pelbagai pihak , maka ia tetap dikira satu pihak dari satu kolam sahaja.
Kemudian terbaru ada pula satu badan dan persatuan undang undang pula yang konon mewakili 33 badan lain menyatakan protes nya terhadap pembebasan DSNR.
Ada sahaja alasan selepas hukuman, langsung tidak menyentuh cara dihukum dan cara diadili.
Mungkin menyedari cara pengadilan yang sangat penuh kekhilafan.
Namun, apa sahaja pun luahan dan kerja tekanan untuk halang DSNR dibebaskan, ia tetap terpulang kepada YDPA.
Seperti mana Para Hakim ada hak mereka , maka YDPA juga ada hak dan kuasa nya.
Jika Hakim boleh nyah kan bukti , halang bukti dimasuk bicara dengan menggunakan kuasa Hakim, jangan pula nanti apabila YDPA buat keputusan tidak sama , hendak dipersoal pula.
Itu derhaka nama nya, “Contempt of court” ada hukuman, Derhaka kepada YDPA juga ada hukuman.
Semua adil belaka.