Laidlaw kapten Scotland mengumumkan persaraan
Tokyo: Legenda ragbi Scotland Greig Laidlaw mengumumkan persaraan pada usia 37 tahun sekali gus menamatkan karier yang menyaksikan dia menjadi kapten untuk negaranya lebih daripada pemain lain.
Laidlaw dalam Instagramnya hari ini berkata dia menggantung but sejurus berakhir musim kelab di Jepun, di mana dia beraksi sejak 2020.
Laidlaw yang bersara daripada peringkat antarabangsa selepas Piala Dunia 2019 berhasrat menceburi bidang kejurulatihan tetapi akan terus kekal di Jepun untuk beberapa ketika.
“Sepanjang karier, saya memaksa diri saya, menyahut caraban baharu, terus belajar dan terdedah dengan pelbagai budaya,” katanya.
“Saya gembira dapat merancang bekerja sebagai satu pasukan dan mendapat yang terbaik daripada rakan sepasukan. Aspek yang akan saya teruskan untuk kemajuan diri.”
Laidlaw memiliki 76 kap untuk Scotland, 39 daripadanya sebagai kapten. Dia muncul pemain kedua paling banyak mendapatkan mata untuk Scotland dengan 714 dan ketinggalan hanya 809 mata di belakang Chris Paterson.
Laidlaw memulakan karier kelabnya di Edinburgh dan beraksi untuk Gloucester serta Clermont sebelum menamatkan karier di Jepun bersama Urayasu D-Rocks.
AFP