Lelaki maut, kereta dihempap pokok tumbang

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Waja yang dipandunya dihempap pokok tumbang di hadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam, mangsa S Karthigesu, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 8.27 malam.



Katanya, jentera bomba sukar ke lokasi kerana tiang elektrik di kawasan itu turut tumbang dan merentangi jalan raya.

Bilik kawalan BBP Aman Jaya kemudian menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta agensi berkaitan untuk meminta bantuan.

“Komander Operasi melaporkan terdapat mangsa lelaki berusia 50-an dipercayai tersepit dalam kenderaan Proton Waja terbabit.

“Mangsa dikeluarkan dari kereta berkenaan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya.



Komander Operasi memaklumkan terdapat lebih 10 pokok di kawasan sekitar kejadian turut tumbang menyebabkan banyak kenderaan rosak.

“Enam kenderaan yang rosak adalah dua buah Proton Waja, Perodua Myvi, Nissan X-Trail dan BMW.

“Anggota Bomba kemudian mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalan raya dengan dibantu agensi berkaitan di lokasi kejadian,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading