‘Ada Duit, Ada Penyondol’ – Shermine Ah Moi

Bekas isteri TikTokers popular View Chin, Shermine Ah Moi memberi peringatan kepada usahawan dan pempengaruh agar sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran ‘penyondol’.

Waspada dengan ‘penyondol’

Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) miliknya, Shermine memberi peringatan tersebut kerana rata-rata usahawan dan pempengaruh memiliki kekayaan yang pastinya menjadi perhatian orang ketiga dalam rumah tangga.

Usahawan dan influencer yang terkenal di luar sana, jaga-jaga dengan perangai masing-masing. Ada duit, ada penyondol saja.



Dalam pada itu, dia yang mesra dipanggil Ah Moi turut mempertahankan tindakannya mendedahkan tentang kecurangan suami adalah demi kepentingan anak-anak.

Mungkin kebanyakan lelaki rasa Ah Moi viral macam ini memang suatu tindakan yang gila. Tapi janganlah cabar seorang ibu, demi anak-anaknya.

Kecoh di media sosial minggu lalu, apabila Shermine memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra View Chin di WhatsApp bersama seorang wanita iaitu pekerja mereka sendiri yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya.

Rentetan itu, wanita yang dikaitkan dengan View Chin, Amira tampil menjelaskan bahawa hubungan dengan majikannya terjalin setelah lelaki itu bercerai dengan Shermine. Dalam masa yang sama dia juga memohon maaf atas semua yang terjadi.



Sumber: Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button