Ryan Bakery kekok jadi romantik

Kuala Lumpur: Personaliti media sosial, Ryan Bakery mengakui kekok apabila pertama kali terbabit dalam telefilem romantik komedi berjudul Challenge Accepted.

Ryan membawa watak sebagai Jeff berkata, dia sudah terbiasa menjayakan komedi tanpa dialog jadi apabila membabitkan babak luahan perasaan dirinya agak gementar.

“Bagi saya nak kata susah sangat tak, senang pun tak.



“Boleh dikatakan kekok sebab dalam skrip ada adegan luah perasaan,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran dilalui sepanjang penggambaran Ryan, 28 atau pemilik nama sebenar Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata dia terpaksa membuat persiapan awal sebelum memulakan lakonan.

“Salah satu cabaran untuk saya adalah ‘call time’ bermula awal pagi. Saya perlu bersedia dan berada pada waktu yang ditetapkan.

“Penggambaran pula dilakukan pada bulan puasa yang dijadualkan daripada pagi hingga petang, kemudian petang pula disambung ke malam,” katanya.



Ryan memberitahu telefilem ini turut menyelitkan pengajaran kepada ‘content creator’ (pencipta kandungan) untuk berhati-hati ketika melakukan sebuah kandungan kepada orang ramai.

“Penonton perlu menonton telefilem ini kerana ada pengajaran yang terkandung supaya ‘content creator’ di luar sana tidak buat kandungan yang bukan-bukan.

“Telefilem ini juga mengajar erti berusaha dan tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu,” katanya.

Penyanyi lagu Raya Last Minit ini bersyukur penggambaran telefilem arahan Hadith Omar berjalan lancar dan mudah walaupun dirinya sendiri pertama kali berlakon dalam genre romantik.



Selain Ryan Bakery, Challenge Accepted turut menampilkan Erysha Emyra, Shasha Nadira dan ramai lagi.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading