Akar umbi UMNO akan menilai Anwar  dan hubungan BN/PH melalui keputusan pengampunan Najib.

Dari bacaan dan pemerhatian rambang sekitar isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak, jelas terlihat sokongan akar umbi UMNO terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan dinilai melalui bebas atau tidak bebas nya DSNR pada hujung bulan ini.

Walau desas desus menyatakan agenda pengampunan DSNR tiada dalam perbincangan , Namun akar umbi UMNO tidak pedulikan itu semua.

Selain hubungan UMNO dan PH akan menjadi persoalan, pandangan terhadap hubungan UMNO dan PH juga akan ‘at risk’ kerana isu pengampunan ini.



Sambil itu, sudah ada puak Dari kalangan UMNO mahu ambil kesempatan dengan pendirian “I told you so” jika DSNR tidak bebas.

Puak yang selama ini membenci Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sudah Bersiap sedia ambil peluang meracun ahli UMNO dengan hasutan bahawa Presiden tidak mencuba .

Puak kluster broker juga dikatakan akan ambil peluang menyatakan kepimpinan UMNO sudah gagal.

Dalam masa yang sama Ketika ada pihak yang menyatakan jika DSNR tidak bebas , Presiden harus dipersalahkan.



Ini dikata kan ada lah juga kesempatan yang akan diambil oleh orang seperti Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin perguna pengaruh untuk menggagalkan pembebasan DSNR demi mahu menghalau Zahid dari jawatan nya.

Apa pun semua ini masih ditahap spekulasi.

Orang UMNO diharap tidak berpecah dengan keputusan apa pun.

Musuh mencari peluang untuk memecahbelahkan UMNO demi menghadapi Enam PRN.



Bertindak matang dan bijak diperlukan dalam situasi ini.

Dari sudut perundangan sudah tiada apa pun yang boleh jadi alasan untuk tidak membebaskan DSNR.

Yang ada hanya permainan politik dan pengaruh politik sahaja.

Apa pun , semua harus bersabar terutama orang UMNO kerana banyak faktor harua diambil kira dan jangan beri peluang musuh ambil kesempatan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button