Polis buru penunggang “wheelie” di Kota Bharu

KUALA LUMPUR: Polis mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai melakukan aksi berbahaya sambil membonceng seorang wanita yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim Berkata, aksi ‘wheelie’ itu dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

“Video itu jelas memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.



“JSPT Bukit Aman mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal terbabit bagi siasatan lanjut.

“Video itu jelas memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.

“JSPT Bukit Aman mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal terbabit bagi siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Mat Kasim meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan.



Terdahulu video berdurasi 29 saat yang dikenalpasti berlaku di Kota Bharu itu tular di media sosial sejak 25 April lalu dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button