Isu Pengampunan: Rakyat Mesti Bertenang

Isu Pengampunan: Rakyat Mesti Bertenang

Isu Pengampunan: Rakyat Mesti Bertenang

Semalam, 28 April 2023, persidangan Lembaga Pengampunan sudah diadakan.

Memang agak mendukacitakan apabila kita mendapat tahu nama DS Najib tidak disenaraikan untuk pertimbangan pengampunan.



Untuk rekod, DS Najib sudah mengarahkan peguambela beliau untuk memfailkan petisyen pengampunan sejak dari September 2022.

Ada berita yang sampai ke telinga penulis, antara sebab nama DS Najib tidak ada dalam pertimbangan pengampunan adalah kerana Peguam Negara belum menyiapkan lapuran.

Mengikut SOP, Lembaga Pengampunan yang bersidang hanya akan membuat pertimbangan senarai nama yang telah mempunyai lapuran lengkap dari Peguam Negara.

Apabila tidak ada lapuran dari Peguam Negara, maka nama DS Najib tidak dipertimbangkan untuk mendapat pengampunan.



Namun, setakat mana kesahihan berita ini, tidak dapat penulis pastikan, walau pun ada asasnya.

Rakyat yang sentiasa mendoakan DS Najib agar diberi pengampunan, diharapkan jangan terbawa-bawa dengan emosi.

Penulis melihat sudah ada ciapan di sosial media yang dilihat seolah menyerang Istana Negara.

Memang benar, mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa pengampunan adalah hak prerogatif YDP Agong dan ianya tidak boleh divabar di mahkamah.



Namun, kita mesti faham, kuasa itu diperolehi baginda dari perlembagaan, maka dalam menggunakan kuasa tersebut, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan.

Akar umbi UMNO pula jangan turut terpedaya dengan isu pengampunan DS Najib.

Isu ini pasti akan digunakan oleh Perikatan Nasional untuk memecah-belahkan UMNO dengan tujuan mewujudkan gelombang penolakan akar umbi kepada kepimpinan UMNO.

Ini akan menyukarkan UMNO untuk mencapai kejayaan di dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan nanti.



Akhirnya yang rugi adalah UMNO.

Untuk pengetahuan, usaha untuk mendapatkan pengampunan DS Najib tidak berakhir pada 28 April 2023.

Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh tanpa persidangan Lembaga Pengampunan dan usaha untuk mencabarnya telah ditolak mahkamah.

Ini adalah kerana, Pengampunan Di Raja tidak boleh dicabar di mahkamah.



Hanya setakat itu gambaran yang dapat penulis berikan, jadi bersabarlah dan teruskan berdoa kepada Allah SWT.

 

Isu Pengampunan: Rakyat Mesti Bertenang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button