Atlet terjun negara, Nur Dhabitah kini bergelar isteri

Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon, Jiggy, 33, mengesahkan sudah bernikah dengan atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 23, Jumaat lalu yang berlangsung di kediaman wanita itu.

Jiggy juga anggota kumpulan lawak Masin berkata, perkahwinan mereka dibuat segera berikutan isterinya itu akan berangkat ke China untuk menjalani sesi latihan sukan di sana.

“Saya dan isteri, Dhabitah tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan kami. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu.



“Kami cuma menjaga janji kedua-dua belah pihak keluarga untuk tidak umumkan apa-apa selagi belum sah. Saya mohon maaf kepada semua rakan media sebab tak respon mengenai hubungan kami sebelum ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, timbul gosip mendakwa Jiggy dan Dhabitah hangat bercinta dan dalam perancangan menyusun langkah untuk bernikah tidak lama lagi.

Sebelum ini, Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Elly Ariffin pada 9 September 2016. Namun, jodoh mereka terlerai pada 30 Januari 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata.



Menerusi laporan Harian Metro, Elly juga pernah meluahkan perasaan gembira apabila mendapat tahu Jiggy sudah menemui pasangan dan dalam perancangan berkahwin dengan wanita pilihannya.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading