Neymar didenda RM15.5 juta langgar peraturan alam sekitar
Neymar didenda RM15.5 juta langgar peraturan alam sekitar

RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa Brazil berkata pada Isnin bintang bola sepak Neymar didenda 16 juta reais (RM15.5 juta) kerana melanggar peraturan alam sekitar ketika pembinaan rumah agam tepi pantai miliknya di tenggara Brazil.
Projek mewah itu melanggar peraturan berhubung penggunaan dan pergerakan sumber air tawar, batu dan pasir, yang kali pertama didakwa pihak berkuasa tempatan akhir bulan lalu dan disahkan pada Isnin.
Jurucakap Neymar enggan mengulas mengenai perkara itu.
Kediamannya terletak di bandar Mangaratiba di pantai selatan negeri Rio de Janeiro.
Badan alam sekitar Mangaratiba berkata dalam satu kenyataan pada Isnin pelanggaran alam sekitar dilakukan “dalam pembinaan tasik buatan di rumah agam itu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA
- UMNO gelap atau terang bukan lagi urusan Khairy .
- Mahathir paling tidak layak bicara tentang undang undang