Roger Ng dibenar tangguh hukuman penjara 3 bulan

NEW YORK: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dibenar menangguhkan hukuman penjara 10 tahunnya kira-kira tiga bulan sehingga 7 Ogos ini.

Hakim daerah Margo Brodie, yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng pada Mac lalu atas peranannya dalam skandal 1MDB, membenarkan permohonannya untuk penangguhan pada Isnin tanpa penjelasan.

Ng sepatutnya mula menjalani hukuman penjaranya pada 4 Mei ini selepas Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Margo Brodie menjatuhkan hukuman terhadapnya pada 9 Mac lalu.



Jumaat lalu, peguam Marc Agnifilo memohon penangguhan itu bagi membolehkan Ng menghabiskan lebih banyak masa dengan isteri dan anak perempuannya berusia 10 tahun, yang terbang dari Malaysia ke New York. Kerajaan membantah penangguhan itu.

Agnifilo berkata, Ng tidak pernah melihat anak perempuannya, yang kini berusia 10 tahun, selama lebih empat tahun sejak ditangkap di Malaysia pada 2018.

Katanya, Ng, yang bersetuju untuk diekstradisi ke AS untuk perbicaraan di New York pada awal 2019, juga menghadapi pendakwaan di Malaysia sebaik saja dia dibebaskan.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button