MUDA Cuba Cari Publisiti Murah Dengan Isu Pengampunan DS Najib

MUDA Cuba Cari Publisiti Murah Dengan Isu Pengampunan DS Najib

MUDA Cuba Cari Publisiti Murah Dengan Isu Pengampunan DS Najib

Suhu bahang perselisihan faham antara UMNO dan PAN dilihat telah menurun apabila Timb Presiden PAN, Salahuddin Ayob, meminta maaf secara terbuka.

Salahuddin menegaskan kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi PAS, Khalid Samad, tidak mewakili parti tersebut.



Walau pun Khalid dilihat masih lagi cuba mempertahankan kenyataan beliau dengan mengatakan bahawa itu adalah pendirian PAN, namun kenyataan Salahuddin menafikannya.

Sangat jelas di sini, Khalid bukannya membawa suara PAN, tetapi beliau membawa suara individu tertentu.

Ada maklumat yang mengatakan beliau sebenarnya membawa suara Dr Mahathir dan juga suara Lim Kit Siang.

Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.



Namun asas dakwaan tersebut adalah kukuh.

Penulis difahamkan, kepimpinan tertinggi PKR telah menemui Lim Kit Siang.

Beliau menegur ahli politik veteran itu yang dilihat terlalu memanipulasikan isu pengampunan DS Najib.

Mungkin kerana Lim Kit Siang tidak lagi boleh bersuara, maka Khalid Samad digunakan atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Komunikasi PAN.



Kini, secara tiba-tiba, parti MUDA pula dilihat cuba memanipulasikan isu pengampunan DS Najib untuk meraih populariti politik murahan.

Umum mengetahui, petisyen pengampunan DS Najib tidak dibincangkan langsung dalam persidangan Lembaga Pengampunan.

Apa relevannya MUDA menyatakan pendirian supaya Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan DS Najib?

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/663686

Sepatutnya MUDA menumpukan perhatian ke atas nasib presiden mereka, Syed Saddiq, yang akan menerima keputusan mahkamah tidak lama lagi.

MUDA juga harus sedar diri, mereka bukanlah gabungan parti yang berada di bawah Kerajaan Perpaduan.

Dan MUDA juga hanya mempunyai satu kerusi DUN di Johor (atas ihsan PKR) dan hanya satu kerusi parlimen.



Jadi, tidak perlulah menjadi ibarat anjing menyalak bukit.

 

MUDA Cuba Cari Publisiti Murah Dengan Isu Pengampunan DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading