‘Influencer’ Sah Bercerai Talak Satu, ‘Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan’

Personaliti media sosial, Elcah mengesahkan dia sudah sah bercerai talak satu dengan bekas suami yang dinikahi pada 3 Mac lalu.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Elcah bersyukur kerana proses penceraian yang berlaku pada Selasa dipermudahkan Allah SWT. Bagaimanapun, Elcah memilih untuk tidak mengulas lanjut punca mereka berpisah dan ingin membuka buku baharu.

Saya Elcah dengan ini telah diceraikan dengan talak satu di hadapan hakim yang mana proses yang mengambil masa hanya beberapa ketika sahaja.



Kepada yang bertanya sebab atau kenapa. Cukuplah sampai di sini sahaja yang perlu anda semua tahu. Cukuplah segala macam kata-kata yang dilemparkan kepada saya yang segalanya tidak benar juga fitnah semata.

Doakan agar segalanya dipermudahkan buat saya. Doakan agar saya jadi lebih kuat untuk keluarga dan anak saya. Doakan agar saya ditemukan insan yang betul-betul ikhlas untuk bersama dengan saya.

Dalam pada itu, Elcah turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga bekas suami dan calon isteri yang bakal dibina.

 



Dan pihak sana tolong jangan keruhkan keadaan lagi dengan status provokasi dan sebagainya, biarlah saya hidup dengan tenang.

Semoga kehidupan awak pun bahagia. Semoga mahligai yang awak nak bina pun bahagia.

Terima kasih untuk beberapa hari. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih.



Sebelum ini, Elcah mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami selepas lapan hari melayari bahtera rumah tangga.

Sumber: Instagram Elcah , duriankampong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button