Perikatan Nasional ‘Korbankan’ Shahidan Untuk Beri Laluan Kepada KJ

Perikatan Nasional 'Korbankan' Shahidan Untuk Beri Laluan Kepada KJ

Perikatan Nasional ‘Korbankan’ Shahidan Untuk Beri Laluan Kepada KJ

Portal Malaysiakini melapurkan sumber dalaman mengesahkan pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin telah ‘melamar’ KJ untuk bertanding di PRN Selangor.

Namun begitu, KJ masih lagi belum memberikan sebarang jawapan terhadap lamaran dari Muhyiddin.



KJ dikatakan mengambil sikap tunggu dan lihat atas lamaran tersebut.

Sementara itu, peluang untuk mantan Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, untuk bertanding di PRN Selangor dikatakan masih lagi kabur.

Sumber tersebut memaklumkan, belum ada kata putus sama ada Shahidan akan bertanding di PRN Selangor atau tidak.

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/663554

Sebelum itu Shahidan secara terbuka telah menyatakan hasrat beliau untuk bertanding di PRN Selangor.

Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Pengarah Pilihanraya PN dan PAS Pusat, Sanusi Md Nor.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1094590/pn-sambut-baik-hasrat-shahidan-tanding-prn?utm_source=bh&utm_medium=terkinitabhp

Shahidan dijangka akan bertanding di PRN Selangor atas tiket PAS/PN, manakala KJ pula dijangka akan bertanding di atas tiket PPBM/PN.

Sebagai negeri maju dan kaya dengan hasil cukai, Selangor sudah pasti menjadi rebutan parti politik untuk menguasainya.

Walau pun berada di dalam gabungan yang sama, PPBM pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menguasai Selangor.



Perkembangan terbaru ini menunjukkan PPBM tidak bersedia melepaskan Selangor kepada PAS sekiranya PN berjaya menguasai negeri tersebut dalam pilihanraya negeri.

PPBM sanggup ‘mengorbankan’ Shahidan untuk memastikan calon menteri besar datangnya dari parti mereka sendiri.

Dalam artikata lain, PAS dan Shahidan ‘dikorbankan’ supaya PPBM dapat menguasai Selangor sekiranya menang dalam pilihanraya negeri Selangor nanti.

 



Perikatan Nasional ‘Korbankan’ Shahidan Untuk Beri Laluan Kepada KJ

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button