Peguam Negara Switzerland Nafikan Najib Mastermind Skandal 1MDB

Peguam Negara Switzerland Nafikan Najib Mastermind Skandal 1MDB

Peguam Negara Switzerland Nafikan Najib Mastermind Skandal 1MDB

Pertuduhan Peguam Negara Switzerland ke atas 2 orang eksekutif PetroSaudi telah menafikan DS Najib adalah dalang dalam skandal 1MDB.

Peguam Negara Switzerland membuat rumusan bahawa Jho Low dan 2 eksekutif PetroSaudi telah memanipulasi Putera Turki untuk memperdaya DS Najib.



DS Najib diperdaya bahawa kononnya kerjasama antara PetroSaudi dan 1MDB akan menjadi kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G).

Baca di sini:

https://www.admin.ch/gov/en/start/documentation/media-releases.msg-id-94524.html?fbclid=IwAR3NOWHZ9amLUbRdm2Mlvz1xgK5I06CXk2vEn4jKBgGGiJkh-D7vETJmZ0g

Beliau juga berkata, 2 eksekutif 1MDB itu kemudiannya membantu Jho Low untuk mengelirukan lembaga pengarah 1MDB.



Mereka berjaya meyakinkan lembaga pengarah 1MDB bahawa kononnya pelaburan bersama PetroSaudi adalah inisiatif G2G.

Akibatnya, lebih AS$1.8 bilion telah dipindahkan kepada PetroSaudi termasuk AS$700 juta dipindah kepada Good Star yang dikawal Jho Low.

Daripada jumlah ini, Peguam Negara Switzerland berkata PetroSaudi mendapat manfaat sepenuhnya dengan membuat pelaburan yang menguntungkan.

Manakala 2 eksekutif mereka mengambil AS$85 juta (AS$52 juta dan AS$33 juta setiap seorang) sejurus selepas wang itu dipindahkan oleh 1MDB pada akhir September 2009.



Inilah yang diberitahu oleh Tim Leissner kepada Mahkamah Amerika Syarikat tahun lepas, bahawa rasuah telah dibayar kepada suami Gabenor BNM, Zeti Aziz.

Ia untuk memastikan kelulusan bagi pemindahan wang sebesar itu diperolehi hanya dalam semalaman untuk dipindahkan ke akaun palsu.

Perkara ini diakui oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs.

Beliau berkata, pemindahan secepat ini belum pernah berlaku sebelum ini, hanya berlaku dalam semalaman selepas suami Gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz didakwa disogok.



Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/02/23/bnm-okayed-us1bil-transfer-after-bribe-was-given-leissner-tells-us-court/?fbclid=IwAR3r5c4h65cNs0hEtgVGJ20Sajl8mHCT1dSYy2MRrYjByg5ABZ0Ys16yV8g

Taufik Aiman (suami Zeti), juga menubuhkan sebuah syarikat bersama Jho Low pada Julai 2007 bernama Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC).

Antara Jun 2011 hingga September 2013, ADKMIC ini kemudiannya dibayar AS$153 juta oleh Good Star, kepunyaan Jho Low dengan wang 1MDB.



Baca di sini:

https://www.theedgemarkets.com/article/how-much-did-zeti-know-about-husbands-bank-account-singapore?fbclid=IwAR394j6a25xPKJYs5nY7lnFp-90MxdAE0rS0CQ8Z4Cx7Zq9G3DgW1cGuWBI

Konspirasi Eksekuti PetroSaudi Dan Jho Low

 

Peguam Negara Switzerland Nafikan Najib Mastermind Skandal 1MDB



Turut didedahkan konspirasi antara Jho Low dan eksekutif PetroSaudi.

Ianya untuk menimbulkan persepsi bahawa beliau mewakili DS Najib dan DS Najib adalah dalan skandal 1MDB.

The Edge mendedahkan, kerjasama antara Jho Low dan 2 eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid dan Patrick Mahony menghadapi masalah.

Ianya berlaku setahun selepas 1MDB membayar USD1 bilion pada kerjasama yang tidak wujud itu.

USD700 juta wang yang telah diterima dari 1MDB itu telah dimasukkan secara tidak sah ke dalam akaun Good Star Ltd, kepunyaan Jho Low.

Mereka memerlukan tambahan wang sebanyak USD500 juta dari 1MDB.

Sekitar Ogos 2010, mereka bertiga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan DS Najib.

Mereka cuba meyakinkan DS Najib bahawa kononnya 1MDB mengalami kerugian USD500 juta dan untuk menutupnya, 1MDB mesti melabur kepada mereka dalam jumlah yang sama.

Mereka mencadangkan, sekiranya 1MDB enggan, maka dana perlu diambil dari Petronas atau KWSP.

Konspirasi ini didedahkan dalam e-mail yang ditulis oleh Mohany kepada Tarek Obaid.

Rujuk di sini:

https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-how-petrosaudi-executives-plotted-what-tell-najib?fbclid=IwAR2lrrEEp3URPpwcDVrIgEpe_iB7YFVsbIhZB1vJvIrGArZ9IVvGZcweIeA

Sangat jelas di sini bahawa DS Najib bukanlah dalang di dalam skandal 1MDB.

Beliau telah diperdaya oleh konspirasi yang didalangi oleh 3 penipu licik, Jho Low, Patrick Mohany dan Tarek Obaid.

Turut bersekongkol dengan mereka adalah Zeti Aziz, Taufik Aiman, Nik Faizal dan beberapa kenamaan yang lain.

Walau dengan apa cara sekali pun, Jho Low mesti dibawa balik ke Malaysia, Zeti dan suami beliau mesti didakwa.

Barulah skandal sebenar yang selama ini ditutup dan dimanipulasi oleh pihak tertentu dapat didedahkan sepenuhnya.

 

Peguam Negara Switzerland Nafikan Najib Mastermind Skandal 1MDB

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button