Sahronizam Mahu Dapatkan Kad OKU

Terasa Kehilangan Nikmat Memiliki Jari Selepas Insiden Jari Kelingking Putus

Sahronizam Mahu Dapatkan Kad OKU

Sahronizam Mahu Dapatkan Kad OKU

Dilihat secara rasional, apabila Allah SWT menguji dengan menarik sedikit daripada nikmat, maka akan menjadikan seseorang itu akan kembali mengingati Allah dan bersyukur di atas nikmat-Nya. Apatah lagi, nikmat kurniaan yang ditarik balik itu hanya sebahagian kecil berbanding dengan yang sudah diperoleh.

Meskipun, aangat sukar bagi sesiapa yang menghadapi ujian ataupun musibah daripada Allah SWT untuk menerima kenyataan yang tersirat di sebalik setiap kejadian. Namun, kita perlu kembali kepada Allah SWT sebagai pemilik seluruh alam ini.



Apabila berlakunya sesuatu yang kita harapkan, kita pastinya bersyukur. Apabila berlaku musibah dan ujian, kita sepatutnya bersabar sebagai tanda bahawa kita adalah seorang hamba Allah SWT yang beriman.

Hampir setahun insiden jari kelingking tangan kirinya terputus selepas pisau yang digunakan untuk memotong ayam tersasar, lalu, tertetak jarinya, pelakon, Sahronizam Noor mula betah dan menjalani kehidupan normal.

Sahronizam Mahu Dapatkan Kad OKU



 

Sahronizam yang muncul dalam filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam yang sedang ditayangkan di pawagam, mengaku semakin selesa dan biasa dengan kekurangan itu.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Walaupun saya kurang satu jari, saya tidak pernah rasa kurang. Tiada rasa terbatas atau sebagainya. Insya-Allah, semuanya okay. Iyalah, benda sudah tiada, kita hendak cari buat apa.

“Tetapi saya rasa juga kehilangan itu sebab Allah SWT cipta jari dan kuku ada fungsinya. Tidak dinafikan rasa juga apabila jari kelingking ini tiada. Ada rasa ngilu bila cuaca sejuk, tetapi apabila memandu dan sebagainya, semuanya okay,” katanya.



April tahun lalu, Sahronizam hilang jari kelingking tangan kiri selepas pisau pemotong daging yang digunakan untuk melapah ayam, tersasar, lalu terkena bahagian jarinya itu.

Sahronizam bagaimanapun tidak menafikan beberapa minggu selepas kemalangan itu, dia sukar tidur berikutan rasa sakit.

Sahronizam Mahu Dapatkan Kad OKU

 



“Lama juga saya ambil masa hendak hilangkan rasa sakit. Awal-awal, memang saya bergantung kepada ubat tahan sakit sebab berdenyut-denyut. Boleh kata, dua minggu pertama, terasa sakitnya.

“Namun, Alhamdulillah, sekarang sudah okay. Apabila berlakon pun saya okay. Cuma ada beberapa aktiviti fizikal saya tidak boleh buat,” katanya.

Sahronizam yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi, Safura Yaacob merancang untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Namun, sehingga kini, dia masih belum berkesempatan berbuat demikian.

Sahronizam Mahu Dapatkan Kad OKU

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading