Ustaz Wadi Dakwa JAIPs Tak Beri Kerjasama

Tindakan penceramah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar menyertai program Solat Terawih dan Sembang Santai di Perlis pada 28 Mac tanpa mendapat tauliah menyebabkan beliau disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Terbaru, Ustaz Wadi mendakwa sesi mengambil keterangan yang sepatutnya berlangsung pada Selasa tak berjalan lancar apabila JAIPs dikatakan tak beri kerjasama.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ustaz Wadi berkata berlaku pertelingkahan apabila peguam yang hadir bersamanya tak dibenarkan ada bersama dalam bilik siasatan.



Menjawab kepada dakwaan itu, Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, tiada keperluan untuk peguam Ustaz Wadi ada bersama memandangkan sesi itu bukanlah perbicaraan di mahkamah.

Kita (JAIPs) tidak dapat ambil keterangannya kerana dia (didakwa) menghilang diri. Dipercayai (beliau) sudah pulang ke Kompleks Pendidikan Matin di Kangar.

Menerusi laporan Sinar Harian, pihak JAIPs hanya mahu Ustaz Wadi seorang sahaja di premis JAIPs. Kehadiran peguam ke dalam bangunan JAIPs semalam adalah di atas budi bicara pegawai penyiasat.

Namun, peguam yang hadir berkeras mahu ada bersama semasa proses ambil keterangan anak guamnya.



Ustaz Wadi ada memaklumkan dia pernah ke Bukit Aman untuk siasatan sambil ditemani peguamnya dan tiada masalah mengenai sesi terbabit namun itu melibatkan kes lain.

Jelas Najmuddin, pihaknya hanya mahu merekod keterangan mengenai kejadian yang berlaku tempoh hari dan keperluan kehadiran peguam menjadi tanda tanya.

Sumber : Sinar Harian, Facebook Ustaz Wadi Annuar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button