Tukar Kerajaan bukan kerja Umno

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Tukar Kerajaan bukan kerja Umno

Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan Umno tidak terlibat dalam mana-mana konspirasi untuk menukar Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat.



Beliau berkata demikian semasa ditanya berkaitan perkara tersebut di Laman Sejahtera Jelai sempena sambutan Aidilfitri Umno Pahang yang dianjurkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Naib Presiden Umno, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau sebelum itu menegaskan isu pengampunan DiRaja bagi Dato Sri Najib Razak akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.

Desas-desus pertukaran kerajaan semakin hangat diperkatakan dalam gossip politik dengan mengemukakan angka-angka yang menjurus kepada sokongan yang diperolehi Perikatan Nasional.



Malah Sabah antara negeri yang disebut-sebut akan menukar haluan sokongan dari Kerajaan Perpaduan sekarang. Sarawak juga turut dikatakan akan mengambil tindakan sama bagi mengurangkan jumlah sokongan terhadap Kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum kelihatan kewajaran desas-desus tersebut boleh direalisasikan hanya dengan berpandukan angka gossip politik.

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading