ADUN DAP Pulau Pinang Akui Wujud Desakan Kembalikan Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri

ADUN DAP Pulau Pinang Akui Wujud Desakan Kembalikan Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri

ADUN DAP Pulau Pinang Akui Wujud Desakan Kembalikan Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri

3 ADUN DAP Pulau Pinang mengesahkan wujud desakan dari dalam DAP Pulau Pinang supaya Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, bertanding di PRN Pulau Pinang.

Menurut mereka, desakan itu diwujudkan supaya dapat menyekat Chow Kon Yeow dari dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas PRN Pulau Pinang.



Dalam artikel yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini, ketiga-tiga ADUN tersebut mendakwa Chow dilihat tidak berkesan sebagai ketua menteri.

“Chow lembut dan perlahan dalam membuat keputusan untuk negeri”.

“Lim walaupun dilihat sebagai pemimpin yang angkuh, tetapi dia menunjukkan dirinya sebagai pemimpin yang kuat”.

Kenyataan itu merujuk kepada merujuk kepada bekas ketua menteri Lim Chong Eu, yang tegas, kuat, dan berterus-terang.



“Chow tidak melakukan apa-apa dalam tempohnya sebagai ketua menteri”.

Tiga pulau selatan dan projek terowong bawah laut dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang semuanya adalah idea Lim,” tambah mereka.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/663919



Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menafikan wujudnya desakan tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/663944

Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai isu tersebut.



Tetapi, sekira ianya benar, apakah ini sebagai petanda awal penguasaan semula dinasti Lim di dalam DAP?

 

ADUN DAP Pulau Pinang Akui Wujud Desakan Kembalikan Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button