Muhyiddin Dan Ismail Sabri Musnahkan Jasa Najib

@acik.mantera

♬ original sound – aCiK.manTera – aCik.manTera

Muhyiddin Dan Ismail Sabri Musnahkan Jasa Najib

Ketika DS Najib menjadi Perdana Menteri ke 6, beliau telah menghapuskan kutipan tol di 11 lebuhraya utama di Malaysia.



11 lebuhraya yang dihapuskan tol adalah:

  1. Tol Teluk Kapas
  2. Tol Metramac
  3. Tol batu 9, Lebuhraya Kajang-Cheras
  4. Tol batu 11, Lebuhraya Kajang-Cheras
  5. Tol Jambatan Lanang, Sibu
  6. Tol Jambatan ASEAN, Baram
  7. Tol Jambatan Salahuddin, Kuching
  8. Tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan
  9. Tol Sg Rasau, Lebuhraya Persekutuan
  10. Tol Bukit Kayu Hitam
  11. Lebuhraya EDL, Johor

Manakala 6 lebuhraya telah dibeli oleh kerajaan dari operator tol milik swasta sepenuhnya.

Apa munafaatnya apabila ianya dibeli dari pihak swasta?

GLC akan menjadi pemegang saham terbesar di dalam konsesi tersebut.



Keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada rakyat melalui kadar dividen yang tinggi setiap tahun.

6 lebuhraya tersebut adalah:

  1. Lebuhraya Utara Selatan
  2. Jambatan Pulau Pinang
  3. Expressway Lingkaran Tengah (ELITE)
  4. Linkedua Malaysia Berhad (LINKEDUA)
  5. Seremban–Port Dickson Highway (SPDH)
  6. Lebuhraya Butterworth-Kulim

Tidak cukup dengan itu, DS Najib juga telah membina 2 lebuhraya tanpa tol sepenuhnya untuk digunakan oleh rakyat.

Kedua-dua lebuhraya tersebut adalah:



  1. Lebuhraya Pan Borneo Highway
  2. Lebuhraya Central Spine Road (CSR)

Tidak ada lebuhraya yang dilanjutkan konsesi tol sepanjang 9 tahun DS Najib menjadi perdana menteri.

Ismail Sabri & Muhyiddin Lanjutkan Konsesi Tol 2 Hari Sebelum PRU 15!!!

 

Muhyiddin Dan Ismail Sabri Musnahkan Jasa Najib

The Edge dan MARC Rating melaporkan konsesi tol Lebuhraya Pantai Timur telah dilanjutkan pada 17 November 2022, hanya 2 hari sebelum tarikh PRU 15.



Ianya berlaku di era Ismail Sabri menjadi perdana menteri.

Baca di sini:

1) https://www.theedgemarkets.com/node/659886?

2) https://www.theedgemarkets.com/node/665028?



Alasan kepada lanjutan yang diberikan adalah kerana kononnya operator lebuhraya memerlukan RM2.38 bilion untuk kerja pelebaran dan mitigrasi jalan.

Persoalan yang paling besar adalah mengapakah tempoh lanjutan diberikan sehingga 47 tahun?

Tempoh konsesi yang ada sebelumnya dijadualkan akan berakhir pada tahun 2032.

Dengan lanjutan 47 tahun yang diberikan, konsesi kutipan tol hanya akan tamat pada tahun 2079.



Secara matematik, dengan kutipan tol semasa sebanyak, aliran tunai bersih yang diperolehi adalah sebanyak RM250 juta setahun.

Tambahan konsesi selama 47 tahun membolehkan aliran kutipan bersih tol menjadi RM9.25 bilion.

Andaian ini dibuat tanpa mengambilkira penambahan tahunan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur.

Dalam artikata lain, kutipan bersih tol melonjak sehingga 400% dari jumlah RM2.38 bilion yang diperlukan untuk kerja pelebaran dan mitigrasi jalan.

Syarikat konsesi tol diberikan keuntungan berbilion ringgit, sedangkan rakyat dipaksa membayar tol sehingga tahun 2079!!!

Mungkin ada yang bertanya, apa kaitannya dengan Muhyiddin sedangkan lanjutan diberikan di era Ismail Sabri?

Cuba cari siapa di belakang ANIH, syarikat yang diberikan konsesi kutipan tol dan apakah kaitan syarikat tersebut dengan Muhyiddin?

Inilah hadiah paling istimewa Muhyiddin dan Ismail Sabri kepada rakyat Malaysia, khususnya yang berasal dari pantai timur.

Seandainya DS Najib berada di luar, sudah pasti beliau akan menjadi orang pertama yang akan menentang lanjutan konsesi tol tersebut.

Apakan daya, beliau kini berada di belakang tirai besi dan hanya mampu menghadamkan berita ini dengan linangan airmata.

 

Muhyiddin Dan Ismail Sabri Musnahkan Jasa Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button