Didie Alias Syukur Iringi Bekas Suami, Ke Liang Lahad

Pelakon Didie Alias bersyukur dapat meingringi dan menguruskan perjalanan akhir bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim yang telah meninggal dunia pada Khamis lalu.

Menurut Didie, walaupun Allahyarham merupakan bekas suaminya ia adalah tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.

Saya rasa ini tanggungjawab saya, walaupun arwah hanya bekas suami saya tapi dia adalah ayah kepada anak-anak saya.



Syukur saya dapat selesaikan perjalanan terakhirnya. Ia diatur sangat baik dari nafas terakhirnya siang tadi sehingga ke liang lahad.

Ini semua aturan Allah, saya secara ikhlas sudah reda dengan pemergiannya, malah sudah lama memaafkannya serta menghalalkan makan minumnya

Pada Khamis lalu, Didie yang ditemui sewaktu selesai pengembumian Ridzuan Hashim di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

Tambahan, pelakon dan pelawak itu masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim kerana baru sahaja berjumpa malam semalam sebelum hari kematiannya sewaktu menghantar makananan.



Dia pergi tanpa memberi apa-apa petunjuk kepada kami. Saya juga masih terkejut dengan pemergiannya kerana baru sahaja malam sebelumnya kami berjumpa kerana saya datang ke rumahnya untuk menghantar rendang yang saya masak.

Saya akan masak lebih di rumah dan sering juga hantar makanan untuknya dan anak kami Dhanial yang tinggal bersamanya.

Dia suka masakan saya katanya ‘rendang mommy sedap memang champion.



Apa-apa pun kita semua akan mati, dia seorang yang tak suka nak susahkan orang lain dan Alhamdulilah dia pergi dengan cara yang baik,

Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas disyaki mengalami serangan jantung pada Khamis, tengah hari.

Dalam pada itu, berita pemergian pelakon Ridzuan Hashim telah disahkan oleh Didie Alias sendiri menerusi laman sosial Instrgram pada jam 2.50 petang semalam.

Kredit: Gempak, duriankampong



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button