Ibu Kaka meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff, iaitu Redida Aziz, 64, meninggal dunia di sebuah hospital di Klang, Selangor, akibat serangan jantung dan kencing manis.

Kaka, 33, memberitahu, ibunya mengalami serangan jantung, Jumaat lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.25 pagi tadi.

“Ibu ada penyakit kencing manis dan dimasukkan ke hospital selepas kena serangan jantung. Allah lebih sayangkan ibu dan ibu pergi pagi tadi,” katanya kepada BH Online.

Kaka atau nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff memberitahu jenazah ibunya akan dikebumikan secepat mungkin dan mengharapkan orang ramai mendoakan urusan dirinya sekeluarga dipermudahkan.

“Sekarang saya menguruskan jenazah di hospital. Jenazah akan dibawa untuk mandi dan solat jenazah di surau. Insya-Allah, kami cuba kebumikan arwah secepat mungkin.

“Kalau boleh sebelum atau selepas solat Zohor,” katanya.

Pada kira-kira jam 10.45 pagi tadi, Kaka memaklumkan ibunya meninggal dunia melalui hantaran di Instagram (IG) Story.

“Dukacita dimaklumkan, ibunda tercinta, Redida binti Aziz sudah kembali ke Rahmatullah,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker