Emas keenam Malaysia
PHNOM PENH: Malaysia meraih sebutir lagi pingat emas menerusi Saiful Bahri Musmin dalam acara petanque individu lelaki hari ini.
Ia adalah emas keenam negara setakat ini selepas tiga lagi disumbangkan hari ini menerusi karate dan pencak silat.
Saiful Bahri menewaskan atlet Laos, Bountamy Southammavong dalam acara final dengan kemenangan 13-9 di Stadium Morodok Techo, Phnom Phen.
METRO