Sekat City bukan Haaland – Ancelotti

Madrid: Carlo Ancelotti berkata pemain Real Madrid perlu menghalang keseluruhan pasukan Manchester City dan bukan hanya penyerang Erling Haaland apabila mereka bertemu di separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi ini.

Penyandang rekod juara 14 kali itu akan melayan kunjungan pasukan Pep Guardiola diterajui oleh penyerang dari Norway, Haaland, yang kini sudahpun menjaringkan 51 gol dalam 45 perlawanan dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 22 tahun itu sudahpun meledak 12 gol dari lapan perlawanan Liga Juara-Juara, tetapi Ancelotti berkata perancangannya adalah untuk menggagalkan pasukan City yang kelihatan “tidak dapat dihalang” secara keseluruhan.

“Jelas sekali Haaland adalah pemain yang sangat berbahaya. Dia menunjukkan kualiti yang mengagumkan, terutamanya dalam menjaringkan gol. Memang dia adalah satu ancaman,” kata Ancelotti.

“Cuma apabila bercakap tentang Haaland tidak bermakna kami tidak bercakap mengenai pasukan lengkap yang bermain bola sepak yang bagus, bertahan dengan baik, menyerang, yang mempunyai idea.

“Kami tidak hanya mahu menghentikan Haaland, tetapi menghentikan pasukan yang kelihatan seperti tidak dapat dihalang tetapi saya fikir kami mempunyai peluang untuk perlawanan yang seimbang dan kami boleh menang.”

City sudah dikecewakan berkali-kali dalam usaha mereka memenangi Liga Juara-Juara, tetapi kehadiran penyerang ‘maut’ Haaland memberi mereka peluang untuk menewaskan Madrid dan mara ke final.

Ancelotti berpendapat Manchester City mempunyai lebih banyak cara untuk menimbulkan bahaya dengan Haaland di sisi.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker