Aaron Aziz Perjelas Perkara Sebenar ‘Saya Banyak Kali Tanya Kucing Okay Ke Tak?’

Kecoh di media sosial mengenai pelakon, Datuk Aaron Aziz yang menerima kecaman teruk gara-gara membelai seekor ular sawa batik di hadapan beberapa ekor kucing ketika membuat live di TikTok.

Terbaru, pelakon drama Adam Dan Hawa itu tampil bersuara dan menjelaskan perkara sebenar menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram (IG) miliknya.

Menurut Aaron, dia mengakui kesilapannya yang membelai ular tersebut di hadapan beberapa ekor kucing dan menjelaskan bahawa kejadian tersebut dilakukannya ketika terlibat dalam satu sesi penggambaran.

Yang pertama, saya nak tujukan mesej ni kepada Animal Malaysia, ya saya buat live, dan silap saya kerana buat live.

Itu pertama kali saya berlakon dengan ular dan mungkin saya ghairah (takut).

Aaron juga menjelaskan bahawa adanya seorang pakar haiwan yang sentiasa mengawasi keadaan sepanjang sesi penggambaran itu dijalankan.



Bukan itu sahaja, Aaron memaklumkan sudah berkali-kali bertanyakan kepada pakar mengenai keadaan kucing yang berada di dalam sangkar tersebut.

Apa yang anda (penonton) tak nampak dan tak tertunjuk di dalam video adalah bila saya bertanya berkali-kali pada pemilik ular yang ada lesen tersebut mengenai keadaan kucing, ‘kucing macam mana?’, ‘kucing takut ke tak?’, ‘akan ganggu kucing ke tidak?’ Dia jawab tak. ular tu hanya makan arnab.

Saya kat situ pun, mata saya sentiasa melihat kucing, saya sentiasa tengok gerak geri kucing. Dan sebelum kita buat babak tu pun, saya, pengarah dan krew semua dah periksa kalau kucing ada any stress simptom, kami tak akan buat babak tu.

Itu juga bukan ular milik saya dan ketika kejadian, ada kira-kira 11 orang yang jaga dan awasi pergerakan kucing dan juga ular.

Takkan zalimi kucing

 

Dalam pada itu, Aaron turut mendedahkan bahawa dia yang merupakan pencinta kucing dan kini membela sembilan ekor kucing pastinya tidak berniat untuk menzalimi mana-mana kucing.

Tapi ini yang saya ingin katakan, saya ada sembilan kucing dan saya pencinta kucing. Tak mungkin saya akan zalimi kucing dan tak mungkin kami yang ada lebih daripada 20 orang di tempat kejadian sanggup untuk menzalimi kucing.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai beberapa tangkap layar memaparkan Aaron yang membelai seekor ular di hadapan beberapa ekor kucing di dalam sangkar.

Perkara itu turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia, Animal Malaysia yang mengecam tindakan pelakon itu.



 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Sumber: Instagram

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker