Peminat lelaki patah hati tengok Iman Troye ada teman lelaki

Penyanyi Iman Troye dikatakan mendedahkan teman lelakinya di laman media sosial dengan memuat naik sebuah video.

Couple yang comel

Menerusi perkongsian di laman TikTok, Iman Troye telah memuat naik sebuah video yang dipercayai teman lelakinya. Perkongsian tersebut telah mencetuskan persoalan ramai apabila Iman menulis kapsyen yang cukup sweet.

Lambat sangat nak tunggu dia expose, takpela kita buat sendiri.

Difahamkan, lelaki tersebut lambat untuk mendedahkan status masing-masing. Namun Iman akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum di laman media sosial.

Sebelum ini, Iman Troye pernah dikaitkan dengan penyanyi Naim Daniel. Perkara itu menjadi bualan hangat netizen apabila hubungan mereka dikatakan mesra seperti pasangan sedang bercinta. Bagaimanapun, selebriti muda ini menafikan perkara tersebut dan mengakui hubungan mereka hanyalah sekadar abang dan adik sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian berkenaan telah mengecewakan peminatnya terutama dalam kalangan peminat lelaki.

Sumber: Iman Troye

ohbulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker