Ketua Pemuda MCA bidas Lee Kim Yew

 

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong hari ini membidas Tan Sri Lee Kim Yew yang berkempen bersama Tun Mahathir dan PEJUANG dalam PRN Johor baru-baru ini.



Lee yang merupakan ahli MCA seumur hidup telah mengutus sepucuk surat kepada Pengerusi SPR pada 8 Mac 2022 meminta agar kempen ‘Malu Apa Bossku’ yang dikaitkan dengan Dato Sri Najib Razak.

Beliau yang diketahui turun berkempen bersama Mahathir membuat ramai ahli MCA tidak selesa kerana perbezaan ideologi politik antara BN dan PEJUANG.

Nicole turut meminta agar Tan Sri Lee Kim Yew keluar dari MCA jika hatinya tidak bersama MCA dan BN lagi.



Rata-rata komen dalam hantaran Nicole menyokong tuntutan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA tersebut.

Bagi mereka jika Kim Yew terlalu sayang kepada Tun Mahathir adalah lebih baik jika beliau tidak lagi bersama MCA dan menjadi liabiliti kepada MCA.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button