Bencana pemerintahan zaman PH-Mahathir, Muhyiddin, Ismail Sabri dan Anwar

Penurunan -29.9% bagi Khazanah Nasional akibat banyak aset yang memberi pulangan yang baik telah dijual secara lambak.

Oleh Nurul Aisyah

REALITINYA selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sehingga kini Malaysia dirundung malang bertimpa-timpa dari segi Bursa Saham, Mata Wang dan ekonomi sehingga menjejaskan kualiti hidup rakyat.

Memetik hantaran di Facebook Datuk Seri Najib



Prestasi Bursa Malaysia dan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika dan Dolar Singapura.

Dalam tempoh 9 tahun Najib sebagai PM, Indeks Bursa naik dari hampir 900 point ke 1896 point – iaitu pasaran saham bull market paling panjang dalam dunia. Dalam tempoh 5 tahun selepas PRU14, indeks Bursa turun dari 1896 point ke 1420 point – menjadi antara pasaran saham tercorot dalam dunia bagi tempoh 5 tahun lalu. Tak pernah sekali pun indeks bursa memulih ke paras sebelum PRU14 dalam tempoh 5 tahun lalu. Nilai Ringgit berbanding USD dan SGD juga tidak pernah memulih ke paras sebelum PRU14. Nilai USD berbanding Ringgit jatuh dari RM3.83 ke RM4.45 manakala SGD berbanding Ringgit jatuh dari RM2.93 ke RM3.35 hari ini.

Sememangnya sangat sedih melihat prestasi Bursa Malaysia dan nilai Ringgit ketika ini. Najib bawa Bursa Malaysia kepada pasaran saham bull market paling panjang dalam dunia namun semua dihancurkan sekelip mata oleh pemerintahan zaman PH-Mahathir, Muhyiddin, Ismail Sabri dan Anwar.

Begitu juga dengan rekod prestasi Khazanah Nasional.



Ulang tahun kelima selepas PRU14 (9 Mei 2018 – 9 Mei 2023): Khazanah Nasional

Prestasi Khazanah Nasional bagi tempoh 9 tahun sebelum PRU14 (2009-2017) dengan 5 tahun selepas (2018-2022).

Nilai aset bersih Khazanah Nasional naik RM84b (261.6%) dari RM32b ke RM116b iaitu purata kadar kenaikan 29.1% setahun dalam tempoh 9 tahun sebelum PRU14. Berbanding penurunan RM35b (-29.9%) dari RM116b ke RM81b atau purata kadar penurunan 6% setahun bagi tempoh 5 tahun selepas PRU14. Sebelum PRU14, prestasi kadar kenaikan nilai aset Khazanah Nasional (261.6%) adalah jauh lebih laju berbanding Tabung Temasek Singapura (48.6%) tetapi kita jauh ketinggalan selepas PRU14. Selepas PRU14, nilai Temasek naik lagi 46.5% berbanding penurunan -29.9% bagi Khazanah Nasional akibat banyak aset yang memberi pulangan yang baik telah dijual secara lambak.

Kerakusan pemerintahan PH-Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri telah menyebabkan nilai aset Khazanah Nasional menurun sehingga -29.9%. Mereka menjual banyak aset yang memberi pulangan yang baik secara lambak.



Malaysia hanya boleh dipulihkan dengan kembalikan semula pemerintahan negara kepada Barisan Nasional. Itu saja satu-satunya cara selamatkan Malaysia. Dan hanya Najib mampu kembalikan kegemilangan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button