Lencongan di LSA esok
Kuala Lumpur: Laluan di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan dilencongkan secara berperingkat esok bermula dari Kilometer (KM) 23 hingga KM23.5.
Lencongan akan bermula pada 10 malam sehingga 5 pagi bagi membolehkan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) dalam kenyataan berkata, kerja pelancaran rasuk jambatan merentasi LSA bagi menjalankan projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting).
“Pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda dan juga petugas trafik sepanjang tempoh pelaksanaan ini,” katanya.
METRO