Rumah sewa, rupanya rumah ‘Merah’

Subang Jaya: Kegiatan pelacuran berselindung di sebalik rumah sewa terbongkar selepas premis itu digempur dalam Op Noda di Bandar Sunway, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dua wanita warga Sri Lanka berusia 30 dan 37 tahun ditahan dalam operasi 11 malam itu.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dan bayaran yang dikenakan adalah RM60.



“Mereka ini mensasarkan pelanggan di kalangan warga Bangladesh dan India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di premis menemui beberapa barang disyaki diguna untuk tujuan pelacuran seperti kondom, tisu selain rampasan wang tunai.

Katanya, suspek dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu di rumah sewa berkenaan.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway dan direman 14 hari bermula semalam sehingga 23 Mei.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button