Melayu bakal dipecahkan antara yang sokong dan tidak sokong Proklamasi Mahathir.

Oleh Adam Malik

Cara Mahathir memecahbelahkan melayu sangat unik dan tidak tercapai oleh akal.

Dengan laungan mahu menyatukan melayu dan cuba beri gambaran melayu sedang diancam , maka Mahathir berharap melayu akan rally dibelakang nya.



Buat masa ini kumpulan besar yang termakan hasutan  Mahathir hanya parti PAS.

Itu pun akibat terdesak dan tahu Mahathir kuasa badan tertentu.

Ini mudah kerana penyokong PAS miliki “herd mentality”.

Pegang kepala kabilah maka dapat seluruh kabilah.



Dari dulu pun Mahathir suka pecahbelahkan melayu atas nama penyatuan.

Maka tiada melayu akan suspek kerja pecah belah kan melayu oleh Mahathir.

Sebenar nya Mahathir hanya mahu satu platform untuk bergayut setelah hilang deposit dan disisih oleh orang melayu.

Perbuatan pecah belahkan melayu ini sudah lama Mahathir amalkan.



Dalam parti UMNO pun dulu Mahathir pecah belahkan (divide and rule) Ketika pemilihan UMNO.

Apabila setelah Ku Li  kalah kepada Musa Hitam, maka Mahathir melantik nya kedalam kabinet.

Ini membuat kan pihak menang ia itu Tun Musa berasa sangsi dan marah.

Itu cara Mahathir untuk pantau Tun Musa Hitam.



Maka, pergeseran pun berlaku. Dan kemudian akibat marah, Musa Hitam berganding dengan Ku Li lawan dengan Mahathir dan Tun Ghafar.

Selepas itu, UMNO terus berpecah lagi kerana Mahathir telah biarkan UMNO diharamkan dan penyokong Ku Li tidak dibenarkan masuk menjadi ahli UMNO baru milik Mahathir.

Maka berpecah lah melayu dengan dasyat nya.

Kini , apabila Mahathir sedar melayu sudah pinggirkan nya sambil orang Cina yang ditipu dalam PH1.O enggan mahu bersama nya, maka Mahathir perlu buat skim baru untuk tarik melayu menyokong nya.



Konon konon Mahathir mahu bantu melayu dengan proklamasi .

Sebagai seorang yang terkenal anti melayu dan tidak suka melayu dibantu oleh Najib Razak, maka yang berfikir akan dapat hidu perilaku Mahathir .

Proklamasi sekadar alat Mahathir sahaja, pemimpin kedekut hendak beri apa kepada melayu?

Malah lebih buruk lagi, jika terdapat sebilangan besar melayu tong sampahkan proklamasi Mahathir apakah mereka yang sokong Mahathir akan diajak membenci golongan besar itu?



Tidak kah ini satu lagi skim mahu Lagakan sesama melayu dan pecahbelahkan melayu atas nama penyatuan? sekali lagi?

Ingat parti parti Semangat 46, PKR, Bersatu Pejuang semua lahir dari tangan Mahathir dan akibat Mahathir.

Mahathir merasa selamat selagi melayu berpecah kerana senang dimanipulasi.

Sambil itu dia dapat pergunakan melayu yang berjaya diremote untuk pertahankan dia dari puak yang tidak menyukai nya.

Itu lah Mahathir jika ikut fakta dan rekod sedia ada.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button