Remaja maut, adik parah motosikal langgar tiang lampu

KLUANG: Seorang remaja maut manakala adiknya parah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh tiang lampu di Jalan Persiaran Taman Seri Impian, di sini lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata Muhammad Farish Hafiy, 13, yang tidak memiliki lesen, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

manakala adiknya, Muhammad Amin Asyraf, 12, yang juga pembonceng, patah kaki kanan dan lebam di dahi.



Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa datang dari arah kawasan perumahan Taman Seri Impian dan sedang menghala ke lampu isyarat di Jalan Kota Tinggi – Kluang.

“Tiba di tempat kejadian, motosikal Honda Wave ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu jalan yang berada di tengah pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng parah dan dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang,” katanya.

Bahrin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button